Saturday, May 9, 2009

Accident

Aku ni bukan rajin sangat nk tulis blog, baca blog boleh la..nk tulih dalam bahasa Inggeris supaya universal tapi aku punye english pon x power..aku tulis ni pon sebab x ada ape nk buat sekarang ni..pada tanggal 7 Mei 2009, aku telah mengalami accident, (betul ke ayat aku ni ...kang nanti marah pulak Puan Agnes kat aku,x dapat la aku A dalam LKM 400) Aku x nak salahkan sape2 pasal accident ni walaupon orang y menyebabkan aku accident ni walaupon memang ternyata menghimpit aku menyebabkan aku melanggar divider kiri jalan...kalau tengok daripada accident tu memang patutnya terok, sebab aku berpusing beberapa kali jugak bergolek-golek, tapi Alhamdulillah hanya kaki aku je y bengkak terok(x patah pon). Doktor pon consider case aku ni lucky...hehe..tp 2 sume kehendak Allah..

Ok sambung cerita, pas aku accident, aku cuba bangun sendiri, aku sebenarnya superman(lawak je)...tp aku rase macam susah berdiri...pastu Tiba-tiba datang la seorang brader naek motor..die tanya la macam2 kat aku..gaya die cakap mmg mcm geng2 budak motor...die tanya aku hisap rokok ke x, sebab die kata orang y langgar divider ni selalu khayal dadah atau rokok..aku cakap la aku x hisap(so nasihat aku untuk orang y hisap rokok, berhenti la sebab probability untuk korang accident lebih tinggi).. pastu brader tu pon bawak la aku g klinik swasta y berhampiran... brader tu blah lepas hantar aku sebab die kata dia ada keje..ok la..masok dalam tu aku dibawa masuk gne kerusi roda, first time aku naik benda ni..aku ditolak la msok dalam temapt kecemasan...Ok ni nk nangis ni..korang tau x Doktor kat dalam tu x nak rawat aku selagi aku x sain perjanjian ape ntah...agaknya kalau malaysia ni berperang, doktor2 y x beretika ni akan bawak resit ke buku hutang masa g rawat mangsa2 peperangan..(nasihat aku utk kawan2 aku y ramai sangat amek medic 2, tolong la jadi doktor y ske membantu orang, That is the meaning of being a Doctor for me..antara sebab aku x amek medic dulu adalah kerana aku x yakin aku dapat jadi Doktor y baik dan ske membantu orang..jadi korang knelah ske membantu orang),pastu pembantu perubatan pulak, dok provoke aku kata aku punya kaki trok gile, kne letak skru la,simen la, belah la, ape la..aku dah la tengah sakit, ada ke dia cakap macam tu..takut dowh...aku pon call la mak aku, masa aku tengah tunggu mak aku tu, pembantu2 perubatan kat c2 sume x senyum kat aku, mentang2 la aku x sain perjanjian lagi, diorang nampak aku mcm org miskin kot...hahaha..sepatutnya kalau x nk rawat pon kurang2 senyum la..pastu mak aku pon datang, die bawak aku g pusat kesihatan pelajar UKM, aku bukan student UKM ,tp USM hehe...tp sebab bapak aku lecturer UKM, so diorang x kesah la...DOktor y rawat aku tu nama dia Dr jawharr, dia orang Burma, tp fluent gile cakap BM, respect !! lepas X ray, dia kata kaki aku xde pape cume ada pendarahan dan bengkak y besar je.. sampai hati orang kat klinik swasta td cakap mcm kaki aku mcm dah nk putus dah..lepas inject, letak ice, xray, check cni check sana..aku pon dah boleh balik...penat la tulis, sambung esok la..


No comments:

Post a Comment