Saturday, August 1, 2009

Setelah pendedahan demi pendedahan dilakukan, maka teori konspirasi wabak selsema babi sudah sampai ke penghujung kebenarannya. Dengan pengumuman terbaru bahawa vaksin H1N1 akan dikeluarkan tidak lama lagi, maka sahlah Amerika adalah dalang kepada penyebaran selsema babi.

Amerika negara pertama menghasilkan vaksin

Negara Amerika sejak dari mula lagi terjumpanya selsema babi di Mexico sudah mencurigakan semua pihak khususnya penyiasat-penyiasat konspirasi. Bermula dengan anugerah yang diterima oleh oleh Dr. Ralph Steinman pada April 2009 kini Amerika muncul semula dengan vaksin penyelamat dunia.

Pengumuman kerajaan Amerika tentang kemungkinan vaksin H1N1 akan dikeluarkan pada Oktober 2009 sudah dijangka kerana pada zaman sebelum Obama, George Bush telah pun memperuntukan dana penghasilan vaksin untuk H1N1 sebanyak USD1.6 juta. (lihat artikel bahagian 1)

Dengan gerak kerja yang sudah bermula dari awal ini, adalah tidak mustahil Amerika menjadi negara pertama dalam penghasilan vaksin. Negara lain juga mampu menghasilkan vaksin tetapi tempoh masa penghasilan tidak mungkin secepat Amerika.

Keuntungan segera hasil dari “global panic situation”

Di dalam industri perubatan dan kesihatan, budaya bisnes ini ialah siapa yang berjaya memperkenalkan vaksin ketika keadaan sedang gawat maka dialah yang akan untung. Kini syarikat yang dipercayai menjadi wakil elit Yahudi mengaut keuntungan ialah Baxter International.

Sesetengah akhbar Republic Czech pula membuat spekulasi bahawa Baxter International juga terlibat bersama-sama kerajaan Amerika dalam menghuru-harakan masyarakat dunia dengan serangan virus H1N1 ini.

Sekarang, bukan Baxter sahaja yang dijangka memperkenalkan vaksin H1N1 tetapi Sanofi-Aventis, Novartis, GlaxoSmithKline dan Solvay. Dipercayai kesemua syarikat-syarikat adalah sebahagian rangkaian yang terlibat dengan agenda Illuminati.

Malaysia pula antara negara yang berminat menempah vaksin-vaksin ini seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai. Katanya walaupun dalam peringkat penghasilan, kementerian itu diarah membuat tempahan awal vaksin itu.

Katanya, tempahan awal itu juga dibuat bagi memastikan Malaysia memperoleh vaksin itu sebaik ia memasuki pasaran Disember tahun ini.

Syarikat Bermasalah bakal menjadi rebutan

Pada 28 Julai 2006, syarikat GlaxoSmithKline telah menghadapi saman mahkamah dari seorang wanita Philadelphia. Saman itu dikenakan kerana pil perancang yang digunakan telah mengakibatkan kesan sampingan jangka panjang pada bayinya.

300409baxter

Manakala menurut laporan akhbar Chicago Tribune, Baxter International dijangka menjadi pilihan utama WHO kerana kerjasama erat antara kedua-dua badan tersebut sebelum ini dalam penghasilan vaksin. Sebelum ini, pada 2003 lalu Baxter telah mengeluarkan vaksin untuk kerajaan Amerika bagi menghalang virus SARS.

Dan pada Disember 2008 lalu, Baxter secara diam-diam telah menghantar vaksin selsema burung (H5N1) ke 18 negara menerusi makmal cawangannya di Austria. Sebelum penghantaran dibuat, vaksin-vaksin tersebut telah dijalankan ujian keberkesanan ke atas sekumpulan orang awam di Republik Czech. Ironiknya, semua orang awam tersebut mati selepas menerima suntikan.

Manakala akhbar Canadian Press pula mendakwa, vaksin-vaksin yang dihantar Baxter International itu pula mengandungi virus H5N1 hidup dan aktif. Jika Malaysia memilih Baxter atau GlaxoSmith Kline atau apa-apa sahaja syarikat, kemungkinan kesan sampingan jangka panjang tidak dapat dielak.

Kesimpulan

Situasi penyakit global ini membuktikan wujudnya sekelompok golongan elit yang mengatur segala perancangan demi mencapai sebahagian kecil objektif. Jika sekiranya perancangan itu terpaksa melibatkan kematian ribuan orang awam, maka ia harus dilaksanakan.

Bagi rakyat Malaysia, situasi “global panic” ini kurang mendapat perhatian kerana Malaysia masih bukan lagi diperingkat untuk dilanyak oleh golongan elit Yahudi. Manakala dasar-dasar kerajaan juga masih belum mengganggu gugat perancangan mereka. Tidak pastilah apabila PR mengambil-alih kelak, mungkin beberapa persediaan harus dilakukan dari sekarang.

dikutip dpd http://ibnuyaacob.com/?p=1111

Monday, July 13, 2009

Siapa lanun sebenarnya

KETIKA dunia tertumpu kepada pergolakan di Iraq, Afghanistan dan Sri Lanka, ada satu lagi peperangan yang seakan-akan tiada pasang surutnya - ancaman lanun di perairan Somalia.

Lanun ganas ini terbukti jauh berbeza daripada gambaran filem 'The Pirates of the Caribbean’ yang masih segar dalam ingatan ramai. Jika dalam filem itu, karektor lanun comot dan senjatanya sekadar meriam dan pistol, lanun sebenar di Somalia bukan calang-calang. Biarpun tanpa kapal mewah atau pakaian seragam khas, mereka sebaliknya sarat dengan kelengkapan persenjataan serba canggih, termasuk Sistem Kedudukan Global (GPS).

Tidak hairanlah, kapal yang menggunakan laluan Teluk Aden sepanjang 3,300 kilometer yang disifatkan perairan paling bahaya di dunia, dengan mudah ditawan lanun moden ini.

Serangan mereka pula semakin menjadi-jadi dan sejak 1 Mac lalu saja, sebanyak 25 serangan dicatatkan, termasuk tujuh kapal dirampas. Malah, sebanyak 293 serangan lanun dilaporkan di seluruh dunia sejak 2008, tetapi kejadian di sekitar Teluk Aden itu menyaksikan peningkatan hampir 200 peratus berbanding 2007.

Sebut apa saja, kapal dagang dan kapal layar membawa muatan daripada kelengkapan tentera, minyak mentah, bijirin dan hasil bumi lain, semuanya sudah ditawan lanun kulit hitam ini. Ancamannya sebegitu serius sehinggakan tiada siapa pun pernah menyangka pada tahun ini, masyarakat antarabangsa boleh mengisytiharkan peperangan ke atas lanun. Berikutan itu, barisan armada tentera laut Britain yang dibantu tentera lebih 12 negara, termasuk Amerika Syarikat dan China, diberi tugas menangani barisan lanun moden ini.

Saban hari kita dipaparkan dengan kekejaman mereka, tetapi tidak ramai yang tahu kisah duka di sebalik kemunculan lanun ini. Jika diimbas, zaman ‘keemasan’ lanun itu sekitar 1650 hingga 1730. Namun, tidak ramai yang tahu, idea memaparkan lanun sebagai kelompok kejam adalah sebahagian propaganda kerajaan Britain. Ketika itu, ramai penduduk yang maklum, lanun itu sebaliknya menjadi mangsa kekejaman dan penindasan pemilik kapal dagang seperti dinyatakan pakar sejarah Barat, Marcus Rediker dalam bukunya ‘Villains of All Nations.’

Di Somalia, cerita itu juga tidak bezanya. Dunia menggelarkan mereka lanun, tetapi penduduk tempatan melihat mereka sebagai wira mempertahankan tanah air dan keadaan ini ketara pada 1991 selepas kejatuhan kerajaan dipilih rakyat. Lebih malang, selain keadaan politik tidak stabil, kira-kira sembilan juta penduduknya dihimpit kesengsaraan, termasuk kelaparan.

Negara Barat yang sepatutnya membantu, sebaliknya menjadikan penderitaan mereka sebagai peluang merompak hasil negara itu daripada bekalan makanan dan sumber lautan sehinggalah menghumbankan sisa nuklear di perairan negara itu.

Satu demi satu kapal Eropah yang tidak dikenali, mulai muncul di kawasan perairan itu dan membuang bertong-tong sisa nuklear ke dalam laut. Berikutan itu, penduduknya jatuh sakit dan mengalami ruam, loya serta kecacatan bayi.
Buktinya ketara selepas kejadian tsunami 2005 apabila beratus-ratus tong sisa itu terdampar di pantai dengan lebih 300 orang mati akibat radiasi.

Ini diakui sendiri Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Somalia, Ahmedou Ould-Abdallah, yang dipetik media antarabangsa, baru-baru ini.

“Ada pihak yang sengaja membuang sisa nuklear, plumbum serta logam berat seperti raksa. Sebahagian besarnya sisanya dari hospital serta kilang di Eropah. Tugas pembuangan itu diserahkan kepada sindiket mafia Itali yang mengenakan bayaran khidmat murah dan bertindak rakus membuang sisa itu dengan cara mudah.”

Apabila ditanya apakah reaksi kerajaan Eropah, Ahmedou berkata: “Tiada apa. Tiada pembersihan, tiada wang ganti rugi atau sebarang langkah mengelak perkara itu berulang lagi.”

Kapal Eropah ini turut merompak hasil utama penduduk Somalia iaitu hasil laut mereka. Selepas perairan sekitar benua Eropah kekeringan hasil tangkapan laut, mereka beralih ke perairan Afrika itu untuk merompak hasil ikan tuna, udang dan udang karah yang bernilai lebih RM1 bilion.

Ini menyebabkan nelayan tempatan merana, hilang punca rezeki serta kelaparan. Mereka bertindak mengusir kapal dagang yang membuang sisa nuklear atau sekurang-kurangnya mengenakan ‘cukai’ ke atas mereka. Peranan ini dipikul kumpulan yang dikenali sebagai ‘Sukarelawan Pengawal Pantai Somalia.’ Malah, hasil tinjauan media bebas Somalia, WardheerNews, mendapati 70 peratus penduduk menyokong kumpulan itu yang menyifatkan kegiatan lanun itu sebagai antara cara mempertahankan tanah air.

Ini diakui sendiri seorang ketua lanun, Sugule Ali yang menegaskan mereka bukanlah perompak atau lanun.

“Lanun sebenar adalah mereka yang datang merampas punca pendapatan kami serta membuang sisa nuklear di sini.”

Sukar sebenarnya bagi kita untuk menelah naluri insan dilabelkan sebagai lanun oleh media Barat, sebaliknya dianggap wira oleh rakyat tempatan, apa lagi selepas saban hari dipaparkan dengan jenayah dilakukan mereka ini.

Apa yang pasti, seperti juga di kebanyakan negara lain yang bergolak, konflik dan ancaman yang berlaku itu hasil ‘cop jari’ kuasa Barat. Kini dengan kehadiran armada tentera laut negara asing di Somalia, ramai yang menunggu nasib kelompok lanun itu selepas ini biarpun hakikatnya ia tidak mungkin menamatkan terus ancaman mereka.

Info: Lanun di Somalia

• Somalia terbabit dalam perang saudara sejak 1991
• Kebanyakan lanun itu dikatakan berusia antara 20 hingga 35 tahun
• Tiga kumpulan iaitu:
o Bekas nelayan - perancang utama kerana mahir selok belok perairan sekitar
o Bekas anggota militia - tenaga penting kerana pengalaman memerangi kumpulan panglima perang
o Pakar teknikal - mahir soal komputer dan tahu mengendalikan peralatan teknologi serba canggih seperti telefon satelit dan persenjataan
• Sebahagian besar kapal ditawan di laluan perkapalan Teluk Aden yang terletak di antara Yemen (utara), Somalia (di selatan) dan di timur Laut Arab.
• Laluan itu sepanjang 3,300 kilometer yang juga kawasan laut paling bahaya di dunia
• Kira-kira 20,000 kapal melalui Teluk ini untuk ke dan kembali dari Terusan Suez
• Membawa barangan seperti berjuta-juta tan minyak mentah, bijirin dan arang batu
• Purata wang tebusan kira-kira AS$2 juta (RM7.24 juta)
• 25 serangan ke atas kapal, tujuh dirampas sejak 1 Mac lalu
• 293 serangan lanun di seluruh dunia sejak 2008 dan kejadian di Teluk Aden meningkat hampir 200 peratus berbanding 2007

Sumber : Utusan Malaysia , 21/04/09

Siapakah lanun yang sebenarnya?

Berita di atas adalah gambaran yang jauh berbeza daripada yang dihidangkan oleh media Barat yang tidak henti-henti melontarkan propaganda menyerang kelompok lanun di Somalia. Seharusnya, setiap pembaca yang meneliti media massa yang dikuasai oleh pihak kafir perlu menilai mengapa fenomena lanun ini muncul di Somalia dan mengapa mereka merampas kapal yang lalu lalang di perairan mereka.

Somalia adalah salah satu negara yang dilanda perang saudara sejak awal tahun 1990an dan tidak mempunyai kerajaan yang rasmi. Oleh itu, Somalia juga tidak mempunyai askar, polis, angkatan laut, kastam dan lain-lain badan berkuasa mereka sendiri. Oleh kerana Somalia tidak mempunyai badan-badan berkuasa mereka sendiri, ini telah memudahkan kapal-kapal pihak asing seperti Eropah dan Amerika untuk melakukan jenayah di perairan Somalia. Antaranya membuang sisa radioaktif dan beracun dan juga menangkap ikan di kawasan perairan Somalia, sedangkan sumber kekayaan tersebut adalah milik rakyat Somalia. Oleh itu, berdasarkan laporan di atas, kemunculan lanun yang merampas kapal-kapal dagang yang melalui perairan Somalia dianggap sebagai suatu yang sah oleh rakyat negara tersebut.

Sekiranya mereka dihukum sebagai lanun di lautan, maka dunia mestilah juga menghukum kapal-kapal Eropah dan Amerika Syarikat sebagai lanun yang lebih besar lagi kerana merampas kekayaan hasil laut Somalia dan membuang sisa dan bahan lupus yang merbahaya di perairan Somalia dan menimbulkan masalah kesihatan bagi penduduk Somalia.

Perlu diingat bahawa Somalia telah lama menjadi mangsa perkotak-katikan kuasa-kuasa besar dunia disebabkan oleh kedudukannya yang strategik di Laut Merah dan merupakan pintu masuk Terusan Suez. Somalia pernah dicerobohi askar Amerika Syarikat pada awal tahun 1990an seperti yang digambarkan oleh filem Hollywood ‘Black Hawk Down’. Namun begitu, askar AS kemudiannya dihalau keluar oleh militia Somalia. Baru-baru ini pula, tentera Ethiopia menceroboh masuk ke Somalia dengan sokongan Amerika Syarikat untuk menyingkirkan kerajaan di sana.Penceroboh ini masuk ke Somalia, membunuh manusia yang tidak bersenjata dan mengebom masjid tanpa provokasi, namun, tidak pula dilihat sebagai suatu yang salah di mata dunia.

Selama mana media dunia masih dikawal oleh kafir Barat, selama itulah penyimpangan politik akan terus berlaku dan selama itulah juga umat manusia umumnya dan umat Islam khususnya akan terus ditipu dan diperdaya.

Tuesday, May 12, 2009

The most important thing in this your life

Aku berharap blog aku ni x terlimited pembaca die kepada kawan2 aku dan orang islam je, aku harap semua orang dapat baca blog y aku tulis ni... ari ni aku belajar satu perkara baru... iaitu perkara y paling penting untuk kita dalam hidup ini.. adakah duit y kita cari ?? wanita ?? lelaki ?? anak y ramai ?? tanah y luas ??? suasana y aman ??hidup y mewah??... setiap orang mempunyai perkara penting y berlainan bagi setiap orang(rasa macam salah je ayat ni, biarlah..)... Tetapi ingat bukan semua benda y kita cari, kita usahakan adalah perkara y penting untuk kita... kita x sedar akan kepentingannya sehinggalah kita kehilangannya.. sebab tu Allah mengajar kita untuk sentiasa bersyukur kepadanya...jadi untuk sapa2 y membaca blog aku ni , sama2lah kita bersyukur kepadaNYA..jangan asyik merungut dengan apa y kita ada sekarang, jangan sampai kita kehilngannya baru kita menangis dan menyesal..membebel lagi aku arini , wassalamm

Monday, May 11, 2009

SEK Ular

Bismillahirrahmanirrahim...alang2 aku dah tulis blog ni , baik aku tulis sesuatu yang berguna.. sedikit perbincangan untuk kita kongsikan bersama...aku ni xde lah baik sangat nak gne ana, anta, anti, antuma antum.. sebab bagi aku ia cumalah bahasa, x bermakna orang y suke gne ana anta tu lagi baik daripada orang yang guna aku engko...ok, arini aku nk cakap pasal sekular..mungkin ada y tau, y xtau dan buat2 xtau.. xkisahlah...ok setahu aku, sekular ni memisahkan agama daripada amalan kehidupan...kebanyakan orang tau pasal ni.. tapi sejauh mana pemisahan agama daripada kehidupan y berlaku pada hari ini... pada pendapat aku, jauh dia sejauh mungkin...kenapa aku cakap macam tu? sebab hampir semua benda y kita buat arini x berlandaskan ajaran islam, hanya ibadah je y kita ikut ajaran Islam, mungkin keterlaluan kalau aku kata hampir semua, tapi itulah hakikatnya...sistem perbankan arini sebut je islam, tp x 100% pon ikt cara islam ajar,makan pakai sudu, padahal nabi ajar makan pakai tangan, kalau politik pulak cakap memperjuangkan islam, tapi amek juga cara y orang kafir ajar, guna cara demokrasi...undang2 kat negara kita malaysia y digelar negara islam, mana ada guna undang2 islam,kes kahwin kes cerai je guna undang2 islam, tapi bila timbul masalah g rujuk mahkamah tnggi jugak, bukan nak rujuk quran atau ulama'.. kedai judi kalau berlesen halal, xde lesen haram..hampir sume hotel bertaraf 4 bintang ke atas kat malaysia ni menyediakan arak dalam menu mereka, budak2 islam y lepasan spm y xtau pape, g keje ngan hotel2 ni..jadi waiter hidang arak,padahal dosa orang y membawa arak sama je ngan orang minum arak, sistem pembelajaran pulak x ikut cara islam, padahal tamadun islam dulu beratus2 beribu tahun, dok jugak ikut sistem pembelajaran barat y baru muncul sekitar tahun 1900...kita hari2 dok bandingkan universiti kita kat malaysia ni dengan kat barat, memang la sampai bila2 kita x menang, diorang y tentukan standard tu..fuh melalut-lalut aku cakap...tau x tension kalau tengok masalah zaman sekarng,perempuan x tutup aurat, anak bunuh mak bapak, mat dadah lagi, pergolakan politik lagi, rasuah, tipu sana tipu sini, rogol... hidup pada zaman ni penoh ngan dugaan..mungkin ada y terasa, x kesah la nak komen...betulkan apa y x betul aku cakapkan ni..mungkin bagi korang apa y aku cakap ni sampah je sebab aku bukannya orang aliran agama...aku amek engineering, tp korang cuba pikirkan dan bantu aku baiki apa y salah...

Saturday, May 9, 2009

borink

Sekarang aku masih x leh jalan ngan betul, jalan pakai sebelah kaki jer.. borink sangat... esok hari Ibu, tp aku x sempat nk beli hadiah untuk mak aku sbb aku accident on d way nk g beli hadiah untuk dia...aku nak belikan dia handphone.. mak aku banyak masakkan aku makanan sedap2 masa aku sakit ni..aaahh apa aku melalut ni... aku sekrang main balik game onimusha 3 y aku pnah main dulu, hahah...rasa macam orang x berguna jer dok makan tidur main game je keje aku..mintak2 la aku sembuh sebelum mak aku g madinah minggu depan .. aku x nak dia risau...dah xde pape nk cakap dah..wassalam

Accident

Aku ni bukan rajin sangat nk tulis blog, baca blog boleh la..nk tulih dalam bahasa Inggeris supaya universal tapi aku punye english pon x power..aku tulis ni pon sebab x ada ape nk buat sekarang ni..pada tanggal 7 Mei 2009, aku telah mengalami accident, (betul ke ayat aku ni ...kang nanti marah pulak Puan Agnes kat aku,x dapat la aku A dalam LKM 400) Aku x nak salahkan sape2 pasal accident ni walaupon orang y menyebabkan aku accident ni walaupon memang ternyata menghimpit aku menyebabkan aku melanggar divider kiri jalan...kalau tengok daripada accident tu memang patutnya terok, sebab aku berpusing beberapa kali jugak bergolek-golek, tapi Alhamdulillah hanya kaki aku je y bengkak terok(x patah pon). Doktor pon consider case aku ni lucky...hehe..tp 2 sume kehendak Allah..

Ok sambung cerita, pas aku accident, aku cuba bangun sendiri, aku sebenarnya superman(lawak je)...tp aku rase macam susah berdiri...pastu Tiba-tiba datang la seorang brader naek motor..die tanya la macam2 kat aku..gaya die cakap mmg mcm geng2 budak motor...die tanya aku hisap rokok ke x, sebab die kata orang y langgar divider ni selalu khayal dadah atau rokok..aku cakap la aku x hisap(so nasihat aku untuk orang y hisap rokok, berhenti la sebab probability untuk korang accident lebih tinggi).. pastu brader tu pon bawak la aku g klinik swasta y berhampiran... brader tu blah lepas hantar aku sebab die kata dia ada keje..ok la..masok dalam tu aku dibawa masuk gne kerusi roda, first time aku naik benda ni..aku ditolak la msok dalam temapt kecemasan...Ok ni nk nangis ni..korang tau x Doktor kat dalam tu x nak rawat aku selagi aku x sain perjanjian ape ntah...agaknya kalau malaysia ni berperang, doktor2 y x beretika ni akan bawak resit ke buku hutang masa g rawat mangsa2 peperangan..(nasihat aku utk kawan2 aku y ramai sangat amek medic 2, tolong la jadi doktor y ske membantu orang, That is the meaning of being a Doctor for me..antara sebab aku x amek medic dulu adalah kerana aku x yakin aku dapat jadi Doktor y baik dan ske membantu orang..jadi korang knelah ske membantu orang),pastu pembantu perubatan pulak, dok provoke aku kata aku punya kaki trok gile, kne letak skru la,simen la, belah la, ape la..aku dah la tengah sakit, ada ke dia cakap macam tu..takut dowh...aku pon call la mak aku, masa aku tengah tunggu mak aku tu, pembantu2 perubatan kat c2 sume x senyum kat aku, mentang2 la aku x sain perjanjian lagi, diorang nampak aku mcm org miskin kot...hahaha..sepatutnya kalau x nk rawat pon kurang2 senyum la..pastu mak aku pon datang, die bawak aku g pusat kesihatan pelajar UKM, aku bukan student UKM ,tp USM hehe...tp sebab bapak aku lecturer UKM, so diorang x kesah la...DOktor y rawat aku tu nama dia Dr jawharr, dia orang Burma, tp fluent gile cakap BM, respect !! lepas X ray, dia kata kaki aku xde pape cume ada pendarahan dan bengkak y besar je.. sampai hati orang kat klinik swasta td cakap mcm kaki aku mcm dah nk putus dah..lepas inject, letak ice, xray, check cni check sana..aku pon dah boleh balik...penat la tulis, sambung esok la..